Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Saya tidak mempunyai kondom, pelincir (lube), atau mainan seks. Apa yang boleh saya gunakan selain benda-benda tersebut?

Terdapat banyak sebab mengapa anda mungkin perlu mendapatkan alternatif untuk mainan seks, pelincir (lube), atau kaedah penghalang. Anda mungkin tidak boleh memperolehi benda-benda ini dengan mudah, atau anda mungkin tinggal bersama keluarga anda atau anda tinggal di kawasan dimana mempunyai mainan seks tertentu boleh memdedahkan orientasi seksual anda, atau anda mungkin adalah seorang trans yang tidak dapat memperolehi kaedah penghalang yang sesuai dengan tubuh anda dan jenis-jenis seks yang anda jalani.

Walau apapun, sebaiknya anda gunakan benda-benda tersebut menurut tujuan yang dimaksudkan – cincin zakar (penis) yang terbaik adalah yang dibuat khas untuk menjadi cincin zakar, dan kaedah penghalang yang paling berkesan adalah kondom dan pelindung mulut (dental dam). Walau bagaimanapun, terdapat alternatif-alternatif lain yang selamat jika digunakan dengan cara yang betul.

Alternatif untuk mainan seks

Terdapat banyak kemungkinan untuk mendapatkan mainan seks di rumah. Sama ada anda sedang mencari dildo, cincin zakar (penis), atau bahan-bahan untuk permainan impak, ia amat penting untuk mengetahui cara-cara untuk mengurangi risiko ketika menggunakan benda-benda tersebut dengan tujuan yang lain.

Jika anda menggunakan barang-barang rumah sebagai dildo, pastikan anda sarungkan kondom untuk mencegah jangkitan. Pemegang penyikat rambut dan sayur-sayuran adalah di antara barang-barang yang selalu tersedia dan sering digunakan. Sayur-sayuran tidak mempunyai permukaan yang licin dan ini boleh mengoyakkan kondom dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria. Apa sahaja dildo yang anda masukkan ke dalam dubur (anus) anda harus mempunyai pangkalan untuk mengelakkannya daripada terjebak dalam tubuh anda.

Untuk benda-benda yang mungkin anda gunakan sebagai penggetar (vibrator) seperti pemegang berus gigi elektrik atau telefon anda, ia sangat penting untuk memastikan sama ada ia kalis air. Sentiasa sarungkan kondom dan hanya gunakan benda-benda tersebut untuk merangsang kawasan di luar tubuh anda.

Cincin zakar (penis) juga boleh dibuat daripada benda-benda yang anda miliki. Anda boleh menggunakan cincin plastik daripada kondom insertive sebagai cincin zakar. Cincin zakar hanya perlu digunakan untuk tempoh masa yang singkat dan harus dibuat daripada bahan-bahan yang fleksibel yang dapat anda lepaskan dengan mudah walaupun apabila zakar anda sedang mengalami ereksi. Sekiranya anda merasa tidak selesa atau melihat tanda-tanda lebam, lepaskan cincin dengan segera. Sekiranya anda tidak dapat melepaskan cincin zakar, anda harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Benda seperti bantal dan kaus kaki boleh digunakan sebagai sarung untuk melancap (masturbate), pin baju boleh digunakan sebagai pengapit puting (nipple clamps), dan tali pinggang, spatula atau sudu kayu boleh digunakan untuk perhambaan dan permainan impak (bondage and impact play). Seperti semua alternatif-alternatif yang tersedia, anda harus berhati-hati dengan risiko-risikonya dan anda harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko tersebut.

Pelajaran yang paling penting untuk alternatif mainan seks adalah: jangan masukkan benda yang tajam atau benda elektrik ke dalam tubuh anda; sarungkan semua benda dengan kondom; dan jangan menggunakkan benda-benda yang senang patah apabila berada di dalam tubuh anda.

Alternatif untuk pelincir (lube)

Pelincir sangat penting untuk seks kerana ia meningkatkan keselesaan dan mengurangkan risiko jangkitan STI. Terdapat pelbagai alternatif jika anda tidak dapat memperolehi pelincir. Air ludah dan benda-benda harian yang lain boleh digunakan jika anda tidak mempunyai pelincir – Refinery29 mempunyai senarai yang mengandungi alternatif-alternatif untuk pelincir di sini.

Jika anda menggunakan kondom untuk mencegah STI atau kehamilan, alternatif bagi pelincir anda tidak boleh mengandungi minyak. Minyak boleh merosakkan kondom dan menbuatnya menjadi tidak berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelincir dan alternatif-alternatif lain, sila rujuk panduan berkenaan pelincir oleh Center for Sexual Pleasure & Health di sini.

Alternatif untuk kaedah penghalang

Mendapatkan alternatif untuk kaedah penghalang, seperti kondom atau pelindung mulut, adalah sukar. Tidak ada banyak cara untuk anda membuat kaedah penghalang sendiri apabila anda tidak mempunyai kondom atau pelindung mulut.

Benda-benda seperti beg plastik dan bungkusan plastik tidak boleh digunakan sebagai kondom untuk hubungan seks penetrasi. Kegunaan kondom adalah untuk menyimpan cecair seksual di dalamnya. Membuat kondom gulung daripada bahan-bahan tersebut tidak akan berkesan untuk mencegah jangkitan STI atau kehamilan.

Bagaimanapun, anda boleh menggunakan kondom gulung, sarung tangan lateks/bebas lateks atau bungkusan plastik yang tidak boleh digunakan dalam ketuhar gelombar mikro sebagai pelindung mulut untuk menutup anus atau vagina semasa hubungan seks oral. Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa menggunakan bungkusan plastik boleh menimbulkan bahaya dengan membuat anda tercekik.

Seperti semua alternatif-alternatif yang tersedia, benda-benda itu tidak sepatutnya digunakan sebagai kondom dan tidak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan STI atau kehamilan.

Jika anda mempunyai soalan tentang alternatif untuk mainan seks, pelincir (lube) atau kaedah penghalang, anda boleh berbincang dengan pendidik kesihatan Planned Parenthood di sini.