Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Perlukah saya memberitahu doktor tentang orientasi seksual atau identiti jantina saya?

Jawapannya tidaklah semudah yang diharapkan. Untuk sesetengah orang, memberitahu doktor adalah perkara yang tidak selamat terutama di negara dimana LGBT tidak dibenarkan atau privasi diantara doktor dan pesakit tidak dijamin oleh undang-undang.

Jika doktor anda boleh dipercayai, mereka boleh merawat kita dengan lebih baik. Memberitahu doktor anda tentang identiti jantina anda, orientasi seksual anda, dan juga jenis perhubungan seksual anda akan memastikan doktor anda mengendalikan ujian kesihatan yang tepat.

Harus diingati bahawa anda berhak mengalami kunjungan doktor yang bukan sahaja selamat tetapi juga yang tidak memalukan anda. Jika doktor anda tidak bersetuju dengan orientasi seksual anda, identiti jantina anda atau cara anda berhubungan seks, sila beritahu doktor anda secara sopan bahawa anda hanya ingin berbincang tentang ubat yang patut anda dapatkan.

Sila tonton video (1 minit) ini daripada Greater Than AIDS untuk maklumat lanjut. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]