Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Keputusan ujian menunjukkan bahawa saya positif untuk jangkitan seksual (STI). Bagaimana harus saya memberitahu pasangan-pasangan saya?

Menghidapi jangkitan seksual adalah pengalaman yang penuh dengan emosi. Pada masi ini, ia amat penting untuk menjaga kesihatan fizikal and emosi anda.

Salah satu cara untuk menjaga diri anda ialah dengan berbincang dengan orang-orang yang menyokong anda. Mencari orang yang anda percayai dalam kehidupan anda dengan siapa anda boleh berkongsi status anda boleh membantu anda merasa kurang bersendirian ketika anda menjalani rawatan.

Dengan mengawal kesihatan anda setelah mendapatkan keputusan ujian yang positif, anda juga dapat memberi keyakinan kepada bekas pasangan-pasangan anda dengan memberitahu mereka bahawa mereka berisiko menjangkiti STI juga. Dengan memberitahu bekas pasangan-pasangan anda tentang keputusan ujian anda, anda boleh memastikan yang mereka boleh menjalani ujian dan mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Terdapat pelbagai cara untuk memberitahu pasangan-pasangan anda untuk menjalani ujian atau mendapatkan rawatan. Anda boleh menghubungi bekas pasangan-pasangan anda melalui panggilan telefon atau menghantar mesej, menghantar mesej melalui Grindr, atau memberitahu mereka secara peribadi. Kadangkala, anda merasa malu untuk memberitahu pasangan anda bahawa anda menjangkiti STI, dan berbuat demikian boleh membuat diri anda merasa tidak selamat. Jika anda merasa sedemikian, anda boleh menggunakan perkhidmatan pemberitahuan pasangan di jabatan kesihatan tempatan atau laman web untuk para pasangan Building Healthy Online Communities. Walau bagaimanapun anda memutuskan untuk memaklumkan pasanga anda terpulang kepada anda.