Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Bolehkah saya menjalani ujian HIV di rumah?

Sekiranya anda aktif secara seksual, ujian HIV yang kerap adalah satu-satunya cara untuk mengetahui status anda dengan pasti. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak mudah untuk anda pergi ke klinik atau anda mungkin bimbang tentang privasi atau keselamatan anda apabila menjalani ujian HIV.

Di beberapa tempat, anda boleh mendapatkan kit ujian HIV yang anda boleh lakukan di rumah anda sendiri. Melakukan ujian menggunakan kit ujian HIV di rumah tidak lah setepat menjalani ujian di klinik tetapi ia adalah lebih baik daripada tidak menjalani ujian sama sekali. Walau apapun sebab yang membuat anda tidak boleh atau tidak ingin menjalani ujian HIV dengan pembekal penjagaan kesihatan, menjalani ujian di rumah adalah sesuatu yang sekurang-kurangnya anda boleh lakukan.

Kebanyakan ujian HIV di rumah mengambil masa di antara 23 dan 90 hari untuk mengesan HIV secara tepat. Dalam tempoh masa ini, keputusan ujian anda boleh menunjukkan bahawa anda negatif walaupun anda sebenarnya HIV-positif. Ia amat penting untuk menjalani ujian semasa dan selepas tempoh masa ini untuk menentukan status HIV anda. Komponen yang disertakan dengan pakej ujian ini akan memberitahu anda tempoh masa di mana antibodi HIV dapat dikesan. Jika anda merasakan yang anda telah terdedah kepada HIV dalam tempoh masa 72 jam, anda harus segera membincangkan perkara ini dengan pemberi penjagaan kesihatan mengenai rawatan sesudah pendedahan (PEP).

Pada masa ini, terdapat dua cara untuk menjalani ujian HIV di rumah. Yang pertama adalah menggunakan kit ujian untuk mendapatkan sampel air liur dimana keputusan ujian boleh didapatkan dengan segera. Cara yang kedua melibatkan mengambil sampel darah anda di rumah dan menghantar sampel tersebut ke makmal untuk diproses. Building Healthy Online Communities mempunyai maklumat yang lebih lanjut mengenai ujian-ujian tersebut di sini.

Jika keputusan ujian di rumah menyatakan bahawa anda HIV-positif, anda boleh memastikan keputusan tersebut dengan berjumpa dengan pembekal penjagaan kesihatan yang boleh memberikan ujian yang lebih sensitif untuk mengesahkan keputusan ujian rumah anda. Kadang-kadang, ujian HIV di rumah boleh menyatakan keputusan yang salah dan sebaiknya anda menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut. Jika pembekal penjagaan kesihatan mengesahkan hasil ujian positif anda, pembekal anda boleh membantu anda memulakan rawatan dan menghubungkan anda dengan perkhidmatan sokongan yang lain. Sekiranya anda mendapat keputusan ujian negatif daripada pembekal kesihatan anda, pastikan anda terus menjalani ujian HIV dengan kerap untuk mengetahui status anda. Anda juga mungkin ingin berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan tentang mengambil PrEP iaitu pil harian yang membantu mencegah HIV.

Buat masa ini, kit ujian di rumah boleh diperolehi dengan mudah di Eropah dan Amerika Syarikat. Anda boleh mengetahui pilihan-pilihan kit ujian HIV di rumah yang tersedia untuk anda di sini. Jika menggunakan kit ujian di rumah tidak sesuai untuk anda, anda boleh mengetahui tempat-tempat terdekat untuk menjalani ujian HIV di sini.