Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Bolehkah saya mendapatkan PrEP di negara saya?

Pada asalnya, pil Truvada diciptakan untuk melawan virus yang terdapat di dalam orang yang HIV-positif. Sekarang, kita mengetahui bahawa orang yang HIV-negatif boleh menggunakan Truvada untuk mencegah jangkitan HIV sekiranya mereka terdedah kepada virus tersebut. Pada masa ini, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat dan juga badan-badan pemerintah Peru, Perancis, Afrika Selatan, Kenya, Israel dan Kanada telah meluluskan kegunaan Truvada sebagai PrEP.

Terdapat juga negara-negara lain seperti Thailand dan Brazil di mana PrEP tersedia untuk orang-orang yang melalui ujian klinikal. Terdapat juga tempat-tempat lain di mana para aktivis sedang menuntut akses kepada PrEP walaupun matlamat mereka belum lagi tercapai.

Sila kunjungi lelaman PrEP Watch untuk maklumat lanjut tentang negara-negara tersebut.

Jika anda berada di Amerika Syarikat, sila dapatkan maklumat tentang dimana anda boleh mendapatkan PrEP di sini.

Jika anda berada di Asia dan Pasifik, sila dapatkan maklumat tentang perlindungan PrEP di sini.