Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Berapa kerap harus saya jalani ujian HIV/STD?

CDC mencadangkan supaya lelaki gay dan bi yang mempunyai ramai pasangan untuk mejalani ujian STD dan HIV setiap tiga hingga enam bulan. Bergantung kepada bilangan pasangan yang anda punyai dan juga jenis hubungan seks yang anda jalani, anda dicadangkan untuk menjalani ujian STD dan HIV setiap tiga bulan.

Untuk mendapatkan ujian yang paling lengkap, segala anggota badan yang anda gunakan dalam seks disyorkan untuk menjalani ujian. Jika anda melakukan hubungan seks oral, anda harus meminta agar mulut anda juga menjalani ujian HIV/STD. Jika anda memasukkan zakar (penis) pasangan anda ke dalam dubur (anus) anda, anda harus meminta untuk mejalani ujian untuk dubur anda. Alat kelamin anda biasanya diuji melalui air kencing anda.

Sila tonton video (1 minit) ini daripada Greater Than AIDS untuk maklumat lanjut. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]