Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Apakah cara-cara pencegahan kehamilan yang sesuai untuk orang transgender?

Kehamilan boleh dicegah dengan beberapa cara termasuk menggunakan kondom, mengambil pil, dan cara-cara pencegahan lanjutan yang lain. Untuk beberapa orang trans, memikirkan tentang kehamilan boleh mengingatkan kita tentang tubuh kita yang mungkin membuat kita tidak selesa, tetapi ia amat penting untuk mengetahui pilihan-pilihan yang tersedia untuk anda jika ada kemungkinan yang anda boleh menjadi hamil

Menjalani ujian kehamilan, berbincang dengan pasangan anda tentang kehamilan, atau mengawal kehamilan anda boleh menjadi sukar. Akan tetapi, dengan cara ini, anda boleh mengawal kesihatan seksual anda.

Mengambil hormon akan membuat testosteron atau estrogen menjadi tidak berkesan dalam mengawal kehamilan anda. Jika anda bimbang tentang kawalan kehamilan anda mengganggu terapi hormon anda, anda boleh semak senarai Planned Parenthood ini yang mempunyai pilihan bebas hormon. Jika anda ragu, anda boleh berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan yang boleh membimbing anda untuk membuat pilihan yang paling sesuai.

Untuk mendapatkan tips pengamalan seks yang lebih selamat, sila rujuk kepada Safer Sex for Trans Bodies. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol]