Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Apa yang dimaksudkan dengan PrEP?

PrEP adalah salah satu kaedah terbaru yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan wabak HIV. PrEP adalah ubat yang sangat berkesan untuk mencegah jangkitan HIV jika ia diambil secara konsisten. PrEP tidak dapat mencegah jangkitan daripada penyakit-penyakit kelamin yang lain.

Buat masa ini, ubat pil yang telah diluluskan untuk mencegah jangkitan HIV adalah pil Truvada yang perlu diambil setiap hari. Pada masa ini, kegunaan Truvada sebagai PrEP hanya dibenarkan untuk orang yang HIV-negatif di beberapa negara sahaja tetapi lebih banyak negara akan meluluskan kegunaan Truvada di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video (90 saat) daripada Greater Than AIDS ini. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]