Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Apa yang akan memberi risiko kepada saya untuk menghidap HIV?

Berciuman, melancap bersama, dan aktiviti meraba-raba tidak akan menjangkiti anda dengan HIV. Seks oral, menjilat atau menyedut dubur (anus) pasangan anda, memasukkan zakar (penis) anda kedalam dubur pasangan dengan menggunakan kondom, memasukkan zakar pasangan anda ke dalam dubur anda dengan menggunakan kondom mempunyai risiko menghidapi HIV yang rendah. Memasukkan zakar anda ke dalam dubur pasangan tanpa kondom mempunyai risiko menghidapi HIV yang sederhana manakala memasukkan zakar pasangan anda ke dalam dubur anda tanpa kondom mempunyai risiko menghidapi HIV yang tinggi.

Ini hanya akan terjadi untuk jangkitan HIV dan bukan untuk penyakit kelamin yang lain seperti sifilis, gonorrhea, chlamydia atau hepatitis.