Nothing found
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Apa itu HIV?

HIV adalah singkatan bagi "Human Immunodefiency Virus" atau virus kurang imun manusia. Virus ini melemahkan sistem imun anda dan menjadikannya lebih sukar untuk anda kekal sihat. Apabila HIV berkembang, ia akan menyebabkan sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS (Acquired Immune Defieciency Syndrome).

Mujurlah ada beberapa cara pengobatan yang akan mengekalkan sistem imun anda. HIV akan terurus dengan mengambil ubat dari awal secara berterusan. Banyak perkembangan telah tercapai dan akan terus dicapai. Sekarang orang yang menghidapi HIV-positif, jika mereka kerap mengambil ubat, boleh mejalankan hidup dengan jangka hayat yang hampir sama dengan orang yang tidak menghidapi HIV.

Sila tonton video (1 minit) ini daripada Greater Than AIDS untuk maklumat lanjut. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]